Sunday, April 5, 2009

Sekitar Pertandingan Memancing Ikan Darat Terbuka Sirkit 4


KRT Kg Gong Baru telah mengadakan Pertandingan Memancing Ikan Darat Terbuka 2009 Sirkit 4. Program ini adalah program tahunan KRT Gong Baru dimana ia merupakan program yang terbuka kepada semua kaki pancing seluruh negeri Terengganu. Pada pertandingan tersebut, seramai 750 orang peserta telah mengambil bahagian. Pertandingan tersebut telah dilepaskan oleh Pengerusi KRT Gong Baru pada 3 petang dan penutupnya disempurnakan oleh En. Mohd Khalil B. Hj. Ahmad ( Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Terengganu). Pelbagai hadiah menarik telah disediakan kepada pemenang-pemenang, peserta daripada Kg. Binjai Manis berjaya menggondol tempat pertama berbentuk wang tunai RM 2000, tempat kedua ialah peserta daripada Kg. Seberang Baruh, Chabang Tiga dengan hadiah wang tunai bernilai RM 1000 manakala tempat ke 3 dimenangi oleh peserta daripada Kg. Chendering dengan hadiah wang tunai RM 500. Disamping itu, penganjur juga mengadakan cabutan bertuah dimana pelbagai hadiah barangan disediakan dan cabutan bonanza berupakan sebuah motorsikal telah dimenangi oleh peserta daripada Kg. Nibong. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Che Mat B. Jusoh ( Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, Kuala Terengganu), En. Mohd Khalil ( Pengarah JPNINT), Cif. Ins. Saravanan ( Ketua Balai PDRM Kuala Terengganu), Penghulu Mukim Bukit Besar dan wakil daripada Pegawai Perpaduan Daerah K. Terengganu. Pertandingan ini juga mendapat sokongan daripada pihak swasta dan NGO seperti Kedai Kasut You, RJC, MUMTAZ, Nestle dan Persatuan Belia Ikatan Gong Baru. Semoga pertandingan ini akan diteruskan untuk sirkit yang ke 5 nanti...

No comments:

Post a Comment