
Satu pertandingan memancing akan diadakan pada esok hari 3hb April 2009 pukul 3 petang hingga 5 petang bertempat diparit tali air Gong Baru. Yuran kemasukan adalah sebanyak RM 20.00 bagi sebatang joran. Hadiah berbentuk wang tunai bagi 15 peserta yang berjaya. Cabutan bertuah juga diadakan bagi peserta pertandingan yang berupakan hadiah elektrik, hamper dan bagi cabutan bonanza hadiah berupakan sebuah motorsikal. Pendaftaran dibuka sehingga hari pertandingan. Bagi pengunjung yang tidak menyertai pertandingan boleh juga menyertai pertandingan Teka Biji Betik. Dengan hanya RM 1.00 anda berpeluang memenangi hadiah berupa mesin basuh, telefon bimbit, dapur gas dan seterika. Pertandingan memancing ini dianjurkan oleh KRT Gong Baru, JKKK & Persatuan Belia Ikatan Gong Baru dengan kerjasama pihak swasta iaitu RJC, MUMTAZ, Kasut You dan Nestle. Untuk keterangan lanjut sila hubungi (Amzam Taib 019-9523546), (Yusof 013-972111) dan (Pok Chu 013-9801417).
No comments:
Post a Comment