Wednesday, April 29, 2009
Lawatan Muhibbah KRT Bukit Gambir C, Ledang, Johor.
KRT Kg. Gong Baru akan menerima kunjungan dari KRT Bukit Gambir C sempena lawatan muhibbah pada 2 Mei 2009 hari Sabtu bertempat diTeratak Desa Kg. Gong Baru. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara KRT Kg. Gong Baru dan KRT Bukit Gambir disamping untuk bertukar-tukar pendapat dan fikiran untuk memajukan lagi KRT masing-masing. KRT Kg. Gong Baru juga amat berbesar hati untuk menerima kunjungan dari Bukit Gambir C ini dan semoga lawatan ini dapat memberikan input-input yang berguna kepada kedua Rukun Tetangga. Kunjungan semua ke Teratak Desa amatlah dialu-alukan...
Lawatan peserta Kursus Asas Rukun Tetangga & Kursus Pengurusan Rukun Tetangga 2009
KRT Kg. Gong Baru menerima kunjungan 100 orang peserta kursus Asas Rukun Tetangga dan kursus Pengurusan Rukun Tetangga 2009 Peringkat Zon Timur pada 29 April 2009 hari Rabu bertempat di Teratak Desa Gong Baru. Semua peserta kursus disambut mesra oleh semua ahli jawatankuasa KRT Kg. Gong Baru. Pada lawatan ini, AJK KRT Kg. Gong Baru dapat mengambil peluang ini untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat disamping mengeratkan lagi hubungan diantara peserta kursus dengan AJK KRT Kg. Gong Baru. Dengan adanya program ini dapatlah peserta kursus menerima pengalaman bersama KRT Kg. Gong Baru.
Monday, April 13, 2009
Tahniah & Syabas...!!!

Warga Ajk KRT Kg. Gong Baru mengucapkan tahniah kepada pengerusi KRT Kg. Gong Baru iaitu Tn Hj. Hanafiah B. Ismail kerana telah dilantik sebagai Pengerusi KRT Zon Terengganu Selatan. Sebanyak 21 KRT akan ditempatkan dibawah zon Terengganu Selatan ini. Tujuan zon ini diadakan adalah untuk merangka dan menyelaraskan program-program KRT didalam zon masing-masing. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi lagi beribawa sepertimana yang telah beliau tunjukkan didalam memimpin KRT Kg. Gong Baru. Tahniah..
Majlis Bacaan Yassin (semua dijemput hadir)

Pada 17 hb April 2009 hari jumaat, Jiran Wanita KRT Kg. Gong Baru dibawah pengerusinya Cik Jasmawani Bt. Mohamad akan mengadakan satu majlis Bacaan Yassin bertempat diTeratak Desa Kg. Gong Baru pada jam 9 pagi. Diharap kesemua penduduk kampung dapat hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Jamuan akan disediakan bagi yang hadir. Sekian..
Lawatan kerja dari Kelab Sukan & Kebajikan (KESKEB) Ibu Pejabat JPNIN Malaysia
Sunday, April 5, 2009
Sekitar Pertandingan Memancing Ikan Darat Terbuka Sirkit 4
KRT Kg Gong Baru telah mengadakan Pertandingan Memancing Ikan Darat Terbuka 2009 Sirkit 4. Program ini adalah program tahunan KRT Gong Baru dimana ia merupakan program yang terbuka kepada semua kaki pancing seluruh negeri Terengganu. Pada pertandingan tersebut, seramai 750 orang peserta telah mengambil bahagian. Pertandingan tersebut telah dilepaskan oleh Pengerusi KRT Gong Baru pada 3 petang dan penutupnya disempurnakan oleh En. Mohd Khalil B. Hj. Ahmad ( Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Terengganu). Pelbagai hadiah menarik telah disediakan kepada pemenang-pemenang, peserta daripada Kg. Binjai Manis berjaya menggondol tempat pertama berbentuk wang tunai RM 2000, tempat kedua ialah peserta daripada Kg. Seberang Baruh, Chabang Tiga dengan hadiah wang tunai bernilai RM 1000 manakala tempat ke 3 dimenangi oleh peserta daripada Kg. Chendering dengan hadiah wang tunai RM 500. Disamping itu, penganjur juga mengadakan cabutan bertuah dimana pelbagai hadiah barangan disediakan dan cabutan bonanza berupakan sebuah motorsikal telah dimenangi oleh peserta daripada Kg. Nibong. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Che Mat B. Jusoh ( Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, Kuala Terengganu), En. Mohd Khalil ( Pengarah JPNINT), Cif. Ins. Saravanan ( Ketua Balai PDRM Kuala Terengganu), Penghulu Mukim Bukit Besar dan wakil daripada Pegawai Perpaduan Daerah K. Terengganu. Pertandingan ini juga mendapat sokongan daripada pihak swasta dan NGO seperti Kedai Kasut You, RJC, MUMTAZ, Nestle dan Persatuan Belia Ikatan Gong Baru. Semoga pertandingan ini akan diteruskan untuk sirkit yang ke 5 nanti...
Wednesday, April 1, 2009
Pertandingan Memancing Ikan Darat Terbuka 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)