Saturday, March 28, 2009

Gong Baru Kini mempunyai blog sendiri...

Setelah sekian lama idea untuk membuka laman blog sendiri, akhirnya impian itu telah pun menjadi kenyataan. Dengan bantuan daripada unit I.T Gong Baru sekarang KRT Gong Baru telah pun mempunyai blognya sendiri. Dengan adanya blog ini maka dapatlah KRT Gong Baru menyalurkan maklumat dan menghebahkan mengenai program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh KRT Gong Baru sepanjang masa. bagi pihak KRT Gong Baru mengucapkan ribuan terima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan pihak swasta bagi merealisasikan penubuhan Blog KRT Gong Baru. Dengan adanya blog ini, diharap orang ramai mendapat maklmat yang terkini daripada KRT Gong Baru..